|
I DREAM BIG TOO
| |
|
Profile
TentangNur.A supportive person.Teen. Tag
Twitter: TentangNur Links
Layout: vehemency |
Monday, December 30, 2013, 9:49 PM
2013 di penghujungnya
semalam,hari Ahad,tarikh 29 December 2013,aku berada di Kota Tinggi Air Terjun bersama keluarga tersayang. Sambil menikmati air yang sejuk dan pemandangan,aku memejamkan mataku untuk mendalami perasaan yang sukar hendak aku jelaskan dan aku mula untuk mengimbas kembali kenangan 2013. hanya dua perkataan yang aku boleh katakan. SYUKUR ALHAMDULILLAH . Tidak sama seperti tahun-tahun yang lalu, banyak yang dapat aku pelajari di tahun ini. Salah satu daripadanya ialah Walau macam mana sekalipun,Allah juga yang engkau cari akhirnya. mengapa? kerana hanya dia lah yang Maha Mendengar dan Melihat apa yang engkau rasakan dan buat. Tidak dapat aku lupakan saat aku hendak mengambil keputusan N Level ku. Hingga demam dan cirit-birit dibuatnya. Daripada subuh sehinggalah waktu aku menjejakkan kaki di sekolah,aku berselawat dan berzikir sepanjang waktu. tapi aku tidak dapat gambarkan bagaimana perasaanku apabila mendapat keputusan yang agak memuaskan. segala usaha aku telah pun menghasilkan sesuatu yang aku inginkan. Aku mengucapkan 'Syukur Alhamdulillah' di dalam hati kerana aku ingin Dia tahu betapa syukurnya aku. Tidak dapat aku menahan kegembiraan hingga aku memeluk dan mengucup pipi kakakku di dewan sekolah. riuhnya dewan sekolahku. tiba sahaja aku di rumah. Aku meletakkan beg sekolah dan mencapai telefon bimbitku lalu aku menelefon ibu. Ibu mengucapkan tahniah dan secara mengejut pada haribulan 27 December,ibu membeli tiga tiket USS. hanya Dia sahaja yang tahu betapa gembiranya aku. Aku pun menyiapkan diri. Keterujaan yang aku rasakan tidak dapat aku katakan. Aku,kakak dan ibu telahpun melupakan masalah yang telah melanda diri masingmasing. All of the pictures I've already posted on my Instagram. do check them out ya. akhirnya impian aku untuk datang ke USS untuk kali kedua tahun ini tercapai juga. All thanks to Mdm Mastura(my mum). Selain itu,tidak lupa juga rakan-rakan seperjuanganku,Farah DAN Saidah. Terima Kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan mereka. Mereka laa tulang belakangku selain keluarga tersayang. Sehari bersama mereka berdua sudah cukup menghiburkan dan boleh membuat aku gila. Selain keluarga dan rakan,aku juga telah menyertai fanclub Niezam Zaidi iaitu SoNZ - Supporter of Niezam Zaidi. Tambahlah lagi kenalanku. I thank Allah for everything that had happen this year for I know that there is something good behind it. good things come from Him and the bad things come from us. I just need some time still to make myself right and be a better person. Selagi aku boleh bertahan,aku akan bertahan. Selagi aku mampu,akan aku renangi lautan yang penuh onak duri kerana aku tahu bahawasnya Allah ada bersama umatnya. Berdoalah kepadanya. |